11 Mac 2010

Erti persahabatan

why I like you


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri.....
Tetapi...Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana....
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg
tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.....?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi
bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat
setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah....?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu....
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yg kita sangkakan..
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....
Kita tidak tahu....
Tetapi....jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu.....

08 Mac 2010

Pesanan


06 Mac 2010

Sukarnya aku melupakanmu !

Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja. Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Sayu dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

28 Februari 2010

Tengok wayang

File:Percy Jackson & the Olympians The Lightning Thief  poster.jpg

Cerita ni ok.. aku dah tengok tadi.. best jugak. Aku memang minat citer ala-ala Harry Potter ni.. Tak semestinya budak-budak je minat citer berunsurkan ilusi ni kan? Hmmm.. dapat jugak aku tengok citer ni.. Boring tak tahu nak buat apa hari ni.. Lagipun hari ni besday aku, takkan nak duk umah je kot.. Apa-apa pun aku suka citer ni.. Rasanya lagi best dari Harry Potter tapi terpulang pada pendapat masing-masing..

26 Februari 2010

23 Februari 2010

I am sorry

http://www.coolfreeimages.net/images/sorry/i_am_sorry_02.jpg

It's hard to admit to yourself
that you've treated someone
you care for so badly
It hurts to know that I messed up,
and hurt you because of it

I was snappy and said things I didn't mean,
and I know there's no excuse for that
You didn't deserve to be the one
that I took my frustrations out on

You are so special, and so dear to me
And I, I was just a plain old fool
If I could take everything back, I would
If I could fly around the earth like a super hero
and make time go backwards, I would

But, we both know I can't
I suppose this is my way
of saying to you
I'm Sorry

Sweet Memories in Genting









Related Posts with Thumbnails